Sunday, October 11, 2015

-Penghulu Istighfar-


Assalamualaikum..

   Cik Naa pun sebenarnya baru tau mengenai Penghulu Istighfar/ Sayyidul Istighfar. 
Kebetulan terjumpa semasa gugel-gugel untuk berkongsi doa-doa dengan seorang kawan..semoga perkongsian CikNaa dengannya sebelum ini memberi manfaat pada dia jugak..aamiin..:)

    Lepas tu terjumpa pula video oleh UNIC di Youtube, memang menusuk jiwa dan qolbu bila dengar dan ikut-ikut membacanya..Rupanya ada banyak kelebihan jika kita amalkan membacanya pagi dan petang seperti yang diriwayatkan di dalam hadis di bawah ni:-

"Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga." ( Riwayat Imam al-Bukhari ).

       Antara kelebihan mengamalkannya adalah seperti berikut:-
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Jom, kita amalkan. Mudah-mudahan ada kebaikannya untuk kita. Aamiin..:)
 
Tips: Download video atau audio Penghulu Istighfar oleh UNIC macam kat bawah ni, memang cepat boleh hafal..in sya ALLAH..




Video: Kredit pada owner di Youtube.com 

No comments:

Post a Comment