Monday, September 29, 2014

Lihat dengan hati bukannya mata

-Lihat dengan hati bukannya mata-

Aku melihat dengan hati bukannya mata
Namun sayang kau tidak rasakannya
Maka aku lepaskan segalanya
Jika ada sesuatu antara kita
Hanya Allah yang akan menghubungkannya

Maaf aku tidak sempurna

_Zara Andriani_
(26/08/2014)


Tuesday, September 23, 2014

-Aku Kata Kau, Akulah Yang Sebenarnya..-

-Aku Kata Kau, Akulah Yang Sebenarnya..-

Apabila aku berkata, kau telah berubah
Akulah sebenarnya yang telah berubah
Apabila aku berkata, kau yang ego
Akulah sebenarnya yang ego
Apabila aku berkata, kau pentingkan diri sendiri
Akulah yang sebenarnya mementingkan diri sendiri
Apabila aku berkata, kau tidak memahami
Akulah sebenarnya yang tidak cuba memahami
Apabila aku mahu kau sempurna,
Tanpa aku sedar akulah yang tidak sempurna
Apabila aku menuding jariku padamu
Tanpa sedar aku sedang menuding sendiri ke arah diriku
Aku sedar kini, kita cuma manusia biasa
Kita tidak sempurna
Maafkan ak

_Zara Andriani_
(10/09/2014)


Thursday, September 18, 2014

Meow, Wechat dan WhatsApp


-Cinta Media Sosial-


Meow mempertemukan kita
WeChat merapatkan kita
Namun, WhatsApp menjarakkan kita
Aku hairan kenapa
Rupanya aku alpa
Jadi Allah turunkan petanda
Agar aku kembali kepadaNya.


_Zara Andriani_
(10/09/2014)

Sunday, September 14, 2014

Salah Faham


-Salah Faham-

Salah faham
Faham pun salah
Tak faham pun salah
Buat-buat faham lagilah salah
Tapi yang paling salah
Membisu tanpa penjelasan
Dengan harapan

Pihak lagi satu dah pun faham

_Zara Andriani_
(05/09/2014)


Thursday, September 11, 2014

Masalah Dan Kawan

-Masalah dan Kawan-

Masalah yang ada untuk dikongsi
Baru boleh mencari solusi
Jika dipendam di dalam hati
Merana sendiri jadinya nanti

_Zara Andriani_
(11/06/2014)