Sunday, April 23, 2017

MASAELAH

Jika melarikan diri adalah pilihan terbaik
Pasti akulah yang bergelar manusia terpantas di dunia

Jika menghilangkan diri adalah pilihan yang terbaik
Pasti akulah yang bergelar ahli silap mata terhebat di dunia

Jika mengelakkan diri adalah pilihan yang terbaik
Pasti akulah ahli seni mempertahankan diri tertangkas di dunia

Tetapi itu semua tidak mungkin
Kerana aku hanyalah aku
Berani berdepan dengannya adalah yang terbaik.

Zara_Andriani
23042017