Saya duda, anak
satu - Muhamad Dani
Suasana lengang di kafeteria
langsung tidak mengganggu Muhamad Dani. Matanya ralit melihat skrin Samsung
Galaxy S4 miliknya. Sesekali dia tersenyum sendirian membaca perbualan
rakan-rakan sekerjanya di dalam grup Whatsapp
mereka.
“Merapu betul!” katanya sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Dia malas mahu menyampuk perbualan rakan-rakannya itu.
Selain daripada mengisi perutnya yang lapar, Muhamad Dani selalu
menghabiskan masa rehatnya di situ kerana terdapat perkhidmatan WiFi percuma yang disediakan oleh pihak
atasan untuk pekerja-pekerja kilang perkakasan komputer itu.
Dia menggunakan kesempatan pada waktu rehatnya untuk melayari internet dan
berbual-bual dengan kenalan rapat dan juga kenalan mayanya untuk menghilangkan
tekanan kerja.
Ditekannya butang Home Screen.
Pantas jarinya menekan ikon berbentuk kucing yang baru dimuat turun sebentar
tadi. Laju dia mengisi butir-butir diri di dalam profil Meow. Aizat, rakan sekerjanya ada menceritakan mengenai aplikasi
terbaru yang tengah hangat digunakan oleh mereka untuk meluaskan rangkaian
sosial yakni mencari rakan-rakan baharu.
‘Hang try la Dani. Mana tau
kot-kot boleh jumpa jodoh baru. Haha!” kata Aizat sambil menepuk-menepuk bahu
Muhamad Dani yang sedikit berisi itu.
Setelah berpuas hati dengan profilnya, Muhamad Dani terus menekan menu Explore untuk mula mencari rakan-rakan
baru. Perempuan semestinya. Perlahan-perlahan diskrolnya senarai pengguna Meow yang dipaparkan di dalam skrin Explore itu.
Matanya tertarik pada gambar gadis berbaju pink dan berselendang pink ungu.
Gadis comel itu tersenyum manis dengan jarinya membuat simbol Peace. Ditekannya profil gadis tersebut.
“Aha, tengah online,” katanya sendirian.
Matanya ligat membaca profil gadis tersebut. Tertarik pula Muhamad Dani
dengan statusnya, ‘Alien Mencari Cinta’.
Dia berkira-kira mahu menegur gadis yang menggunakan id ‘MekJa’ itu. Tetapi
jarinya tetap menekan butang Message. Dia
memberanikan diri dan mula menaip.
MuhamadDani: Assalamualaikum. J
MuhamadDani: Alien mencari cinta?
MuhamadDani: Dah jumpa ke cinta yang dicari?
MuhamadDani: Boleh kenal-kenal tak ni?
Lama dia menunggu. Kelihatan pada tepi mesejnya itu tertulis status READ menandakan mesejnya telah dilihat
dan dibaca oleh gadis tersebut. Tetapi tidak dibalasnya.
“Dia tak berminat kot. Menyesal pula letak gambar betul kat DP tu,” kata
Muhamad Dani pada dirinya sendiri. Mungkin gadis itu tidak mahu menjawab
mesejnya setelah melihat gambarnya.
Ditekannya butang Home Screen
semula .Lampu telefonnya berkelip menandakan ada mesej yang masuk untuk
aplikasi Whatsappnya. Dibacanya
sekilas. Merapu benar topik perbualan rakan-rakannya itu.
‘Tut’. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Menandakan ada mesej masuk
daripada aplikasi Meow. Disapunya skrin sentuh untuk melihat siapa yang
menghantar mesej tersebut. Si gadis berbaju pink itukah?
Muhamad Dani tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam itu. Gadis
berbaju pink itu membalas mesejnya. Sungguh tidak disangka olehnya. Beberapa
orang gadis lagi yang ditegur tidak
memberikan balasan kepada mesej-mesejnya.
“Oh, Zara namanya. Tentulah boleh dilihat dari id yang digunakannya,”
Muhamad Dani memberitahu pada dirinya sendiri.
Mereka berbalas-balas mesej. Muhamad Dani teragak-agak untuk memberitahu
statusnya yang sebenar apabila Zara bertanyakan status perkahwinannya.
MekJa: Awak pulak?
Married?
MuhamadDani:
Saya, pernah nikah dan sekarang bujang kembali. J
Zara bertanyakan soalan
bertalu-talu apabila Muhamad Dani memberitahu statusnya yang sebenar, duda anak
satu. Hakikatnya, tidak ramai yang mengetahui bahawa Muhamad Dani telahpun
menduda sejak dua tahun yang lalu. Hanya rakan-rakan dan saudara terdekat
sahaja yang tahu.
MekJa:
Oooo..duda ek? Cerai hidup atau cerai mati?
MekJa:
Ada anak?
MekJa:
Hehe..sorry banyak tanya.
MuhamadDani:
Tak apa. Cerai hidup, awak.
MuhamadDani:
Anak ada seorang. Tapi duduk dengan mama dia. J
MekJa:
Ooooo
MuhamadDani:
Awak tak kisah ke nak kawan dengan duda ni?
MekJa:
Saya tak kisah sangat. Pada saya peribadi dan akhlak orang tu yang penting
bukannya status perkahwinan dia.
MekJa: Janji bukan
suami orang. Saya betul-betul hargai kejujuran awak. J
Jawapan Zara mengatakan dia tidak kisah mengenai status perkahwinan
seseorang menyebabkan senyuman Muhamad Dani semakin tidak dapat disembunyikan.
Terserlah betapa dalamnya lesung pipit di pipinya.