Sunday, December 27, 2015

Aku Akan Tetap

aku akan tetap menghitung hari
sehingga aku lupa bilangan harinya

aku akan tetap merindui
sehingga aku lupa bagaimana rasanya rindu

aku akan tetap menyayangi
sehingga aku lupa bagaimana rasanya sayang itu

aku akan tetap menantimu
sehingga aku lupa siapa yang aku nantikan

kerana bagiku, bila aku mencuba untuk melupakanmu
kau akan tetap bertamu di dalam hatiku

kerana bagiku..bila aku lupa
itulah saatnya kau benar-benar pergi dariku...


Zara Andriani
27/12/2015

Sesungguhnya, bila kita terlalu mencuba, perasaan itu tidak akan hilang, tidak akan luput.