Sunday, December 27, 2015

Aku Akan Tetap

aku akan tetap menghitung hari
sehingga aku lupa bilangan harinya

aku akan tetap merindui
sehingga aku lupa bagaimana rasanya rindu

aku akan tetap menyayangi
sehingga aku lupa bagaimana rasanya sayang itu

aku akan tetap menantimu
sehingga aku lupa siapa yang aku nantikan

kerana bagiku, bila aku mencuba untuk melupakanmu
kau akan tetap bertamu di dalam hatiku

kerana bagiku..bila aku lupa
itulah saatnya kau benar-benar pergi dariku...


Zara Andriani
27/12/2015

Sesungguhnya, bila kita terlalu mencuba, perasaan itu tidak akan hilang, tidak akan luput.

Wednesday, November 4, 2015

Berhenti Berharap




Aku berhenti berharap

Tetapi tidak pernah berhenti berdoa.

Kerana apa?

Berharap itu pada manusia

Berdoa itu meminta pada Tuhan

Dia yang Sami' , Yang Maha Mendengar

Dia yang Basir,  Yang Maha Melihat

Dia yang Alim , Yang Maha Mengetahui


Zara_Andriani 19102015

Malaikat Pelindung

Malaikat Pelindung

Melihat dirinya
Ada satu rasa yang halus
Meresap di dalam hati ini
Walau hanya dari sekeping gambar

Ah, entah mengapa
Aku merasakan aku ingin
Ingin melindungi lelaki itu
Memberi pelukan berisi kasih dan sayang
mengesat air mata di pipinya
Aku ingin menjadi punca dia tersenyum kembali

Sukakah itu?
Sayangkah itu?
Atau cintakah itu?

Yang aku tahu
Aku ingin menjadi malaikat pelindungnya.

Zara_Andriani 04/11/2015


Thursday, October 29, 2015

Tentang Kita


i) Tentang Jodoh
“Jodoh itu ajaib.”

Kita akan rasa kita sudah lama saling mengenali walaupun kita tidak pernah bersua sebelum ini.

ii) Tentang Bersedia
“Macam mana nak tau kita dah bersedia?
You know you are ready, when you are ready.”

iii) Tentang Kita
“Aku hanya mampu berdoa.”
Wechat 12/2/2015

Sunday, October 11, 2015

-Penghulu Istighfar-


Assalamualaikum..

   Cik Naa pun sebenarnya baru tau mengenai Penghulu Istighfar/ Sayyidul Istighfar. 
Kebetulan terjumpa semasa gugel-gugel untuk berkongsi doa-doa dengan seorang kawan..semoga perkongsian CikNaa dengannya sebelum ini memberi manfaat pada dia jugak..aamiin..:)

    Lepas tu terjumpa pula video oleh UNIC di Youtube, memang menusuk jiwa dan qolbu bila dengar dan ikut-ikut membacanya..Rupanya ada banyak kelebihan jika kita amalkan membacanya pagi dan petang seperti yang diriwayatkan di dalam hadis di bawah ni:-

"Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga." ( Riwayat Imam al-Bukhari ).

       Antara kelebihan mengamalkannya adalah seperti berikut:-
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Jom, kita amalkan. Mudah-mudahan ada kebaikannya untuk kita. Aamiin..:)
 
Tips: Download video atau audio Penghulu Istighfar oleh UNIC macam kat bawah ni, memang cepat boleh hafal..in sya ALLAH..




Video: Kredit pada owner di Youtube.com 

Wednesday, October 7, 2015

Quote of the day


Terbaca quote ni dalam post FB salah seorang rakan sekolah menengah..

Everything is between us and ALLAH.

Jom, kita cuba jadikan setiap apa yang dilakukan dalam hidup hanyalah untuk  mencari dan mendapat keredhaan ALLAH. in sya ALLAH



 
People are often unreasonable and self-centered. Forgive them anyway. 
If you are kind, people may accuse you of ulterior motives. Be kind anyway.
 If you are honest, people may cheat you. Be honest anyway. 
If you find happiness, people may be jealous. Be happy anyway. 
The good you do today may be forgotten tomorrow. Do good anyway. 
Give the world the best you have and it may never be enough. Give your best anyway. 
For you see, in the end, it is between you and Allah. It was never between you and them anyway.

Monday, October 5, 2015

Kisah Aku, Kau dan Dia





Cerita ini
Cerita aku
Cerita kau
dan cerita dia

adalah cerita yang ditulis oleh Yang Teragung.

Pesan pada hati

bersabar

Dia tidak pernah kejam pada yang percaya padaNya.








Sunday, October 4, 2015

Maaf


Aku sering berkata,

pimpinlah aku ke syurga bersamamu

Tetapi maafkan aku,

apabila seringkali akulah yang menarik tanganmu

ke arah yang satu lagi.

Maafkan aku,

Maafkan kekhilafanku

Mungkin, itulah hikmahnya

dari perpisahan kita.

Doaku, suatu hari nanti

kita benar-benar boleh berpimpinan tangan menuju ke syurga Firdausi.

Apabila saatnya, aku dan kau telahpun benar-benar bersedia.


Zara_Andriani 05/10/2015



"Kadangkala ditakdirkan berlaku maksiat dalam hidup hanya untuk kita merasakan betapa manisnya ketaatan. Kita hanya akan menghargai terang apabila pernah hidup dalam kegelapan. Maha suci Allah, yang masih menyimpan kurnia sekalipun kepada hambanya yang pernah berdosa."- Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Saturday, October 3, 2015

Aku Wanita- Khas Buat Suamiku (#HujanAngindanAwan)


Suamiku,

Aku wanita cengeng
Aku tahu kamu akan sabar melayaniku

Aku wanita garang
Aku tahu kamu bisa menyejukkan amarahku

Aku wanita akalnya pendek
Aku tahu kamu bisa menasihatiku

Suamiku,

Aku wanita tingkahnya terburu-buru
Aku tahu kamu mampu membimbingku

Aku wanita yang lemah
Aku yakin kamu kukuh untuk menyokongku

Aku bukan wanita sempurna
Aku yakin ALLAH kirimkan kamu untuk melengkapiku

Suamiku,

Pintaku cuma satu..
Izinkan aku menjadi teman pendampingmu..
Berpimpinan tangan menuju Firdausi..

Aamiin Allahumma Aamin

Zara_Andriani (23122014)

Pic: Credit to the owner. 

Tuesday, September 29, 2015

Aku minta

aku minta dijadikan orang yang sabar
Allah kirimkan kamu untuk menguji kesabaran aku
aku minta dijadikanorang yang kuat
Allah hadirkan kamu untuk menguji kekuatan aku


Allah, tidak selalu menjawab doa-doa kita secara langsung, tetapi selalu menjawabnya dalam cara-Nya yang tersendiri, tinggal kita sahaja yang mahu berfikir hikmah di sebalik ujian atau cabaran itu atau tidak.


Zara_Andriani
22/06/2015

Monday, September 21, 2015

Penipu Itu Aku



--Penipu itu Aku--


Aku kata aku benci, 
tapi aku masih cinta. 
Aku kata aku tak mahu, 
tapi aku masih ingin. 
Aku kata aku lupa, 
tapi aku masih rindu. 
Aku kata aku tak kisah, 
tapi aku masih fikir. 
Sungguh, mengenalimu, 
membuat aku keliru. 

Zara Andriani (20/09/2014)