Tuesday, January 17, 2017

Matahari

Aku belajar daripada Matahari.
Walau terlindung di sebalik awan,
tetap memancarkan cahayanya menembusi.

Begitu juga kita manusia.
Biar datang pelbagai dugaan dan cabaran,
tetaplah menebarkan kebaikan setiap masa.

~Zara_Andriani 17012017

Friday, January 13, 2017

Sumpah

Ini sumpahan saya ke atas awak.
Setiap kali hujan turun membasahi bumi,
awak akan rindukan saya.
Setiap kali angin menghembus mengenai tubuh awak,
awak akan segera teringatkan saya.
Setiap kali awak mendongak ke langit,
melihat awan putih di langit biru,
awak tetap akan teringatkan saya.
Zara_Andriani 13 Januari 2017
#HujanAnginDanAwan