...Awak umpama pelangi, yang indah dipandang tetapi tidak boleh dicapai dengan tangan.... ......Dia umpama awan, yang bergumpal-gumpal cantik di langit biru tetapi tidak boleh digenggam dengan jari-jemari saya... ...Umpama mimpi indah yang hilang apabila terjaga dari lena..... .....Saya cumalah angin..yang kadangkala nyaman, yang kadangkala menggila... #HujanAnginDanAwan #AwakSayaDanDia
Thursday, October 29, 2015
Tentang Kita
i) Tentang Jodoh
“Jodoh itu ajaib.”
Kita akan rasa kita sudah lama saling mengenali walaupun kita tidak pernah bersua sebelum ini.
ii) Tentang Bersedia
“Macam mana nak tau kita dah bersedia?
You know you are ready, when you are ready.”
iii) Tentang Kita
“Aku hanya mampu berdoa.”
Wechat 12/2/2015
Sunday, October 11, 2015
-Penghulu Istighfar-
Assalamualaikum..
Cik Naa pun sebenarnya baru tau mengenai
Penghulu Istighfar/ Sayyidul Istighfar.
Kebetulan terjumpa semasa
gugel-gugel untuk berkongsi doa-doa dengan seorang kawan..semoga
perkongsian CikNaa dengannya sebelum ini memberi manfaat pada dia
jugak..aamiin..:)
Lepas tu terjumpa pula video oleh UNIC di Youtube, memang menusuk jiwa
dan qolbu bila dengar dan ikut-ikut membacanya..Rupanya ada banyak
kelebihan jika kita amalkan membacanya pagi dan petang seperti yang diriwayatkan di dalam hadis di bawah ni:-
"Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh
keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum
petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang
mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan
dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga." (
Riwayat Imam al-Bukhari ).
Antara kelebihan mengamalkannya adalah seperti berikut:-
1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan
melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa
bisa dikira banyaknya.
2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.
3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya,
kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan
itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)
4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)
5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong
jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau
di akhirat .
6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya
sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib
Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)
Jom, kita amalkan. Mudah-mudahan ada kebaikannya untuk kita. Aamiin..:)
Tips: Download video atau audio Penghulu Istighfar oleh UNIC macam kat bawah ni, memang cepat boleh hafal..in sya ALLAH..
Video: Kredit pada owner di Youtube.com
Wednesday, October 7, 2015
Quote of the day
Terbaca quote ni dalam post FB salah seorang rakan sekolah menengah..
Everything is between us and ALLAH.
Jom, kita cuba jadikan setiap apa yang dilakukan dalam hidup hanyalah untuk mencari dan mendapat keredhaan ALLAH. in sya ALLAH
People are often unreasonable and self-centered. Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of ulterior motives.
Be kind anyway.
If you are honest, people may cheat you. Be honest
anyway.
If you find happiness, people may be jealous. Be happy anyway.
The good you do today may be forgotten tomorrow. Do good anyway.
Give
the world the best you have and it may never be enough. Give your best
anyway.
For you see, in the end, it is between you and Allah. It was never between you and them anyway.
For you see, in the end, it is between you and Allah. It was never between you and them anyway.
Monday, October 5, 2015
Kisah Aku, Kau dan Dia
Cerita aku
Cerita kau
dan cerita dia
adalah cerita yang ditulis oleh Yang Teragung.
Pesan pada hati
bersabar
Dia tidak pernah kejam pada yang percaya padaNya.
Sunday, October 4, 2015
Maaf
Aku sering berkata,
pimpinlah aku ke syurga bersamamu
Tetapi maafkan aku,
apabila seringkali akulah yang menarik tanganmu
ke arah yang satu lagi.
Maafkan aku,
Maafkan kekhilafanku
Mungkin, itulah hikmahnya
dari perpisahan kita.
Doaku, suatu hari nanti
kita benar-benar boleh berpimpinan tangan menuju ke syurga Firdausi.
Apabila saatnya, aku dan kau telahpun benar-benar bersedia.
Zara_Andriani 05/10/2015
"Kadangkala ditakdirkan berlaku maksiat dalam hidup hanya untuk kita
merasakan betapa manisnya ketaatan. Kita hanya akan menghargai terang
apabila pernah hidup dalam kegelapan. Maha suci Allah, yang masih
menyimpan kurnia sekalipun kepada hambanya yang pernah berdosa."- Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Saturday, October 3, 2015
Aku Wanita- Khas Buat Suamiku (#HujanAngindanAwan)
Suamiku,
Aku wanita cengeng
Aku tahu kamu akan sabar melayaniku
Aku wanita garang
Aku tahu kamu bisa menyejukkan amarahku
Aku wanita akalnya pendek
Aku tahu kamu bisa menasihatiku
Suamiku,
Aku wanita tingkahnya terburu-buru
Aku tahu kamu mampu membimbingku
Aku wanita yang lemah
Aku yakin kamu kukuh untuk menyokongku
Aku bukan wanita sempurna
Aku yakin ALLAH kirimkan kamu untuk melengkapiku
Suamiku,
Pintaku cuma satu..
Izinkan aku menjadi teman pendampingmu..
Berpimpinan tangan menuju Firdausi..
Aamiin Allahumma Aamin
Zara_Andriani (23122014)
Subscribe to:
Posts (Atom)