Thursday, August 31, 2017

MENEMUKANMU

MENEMUKANMU

Allah mempertemukan kita untuk sebuah alasan.

Entah untuk memberi atau untuk menerima.
Entah untuk belajar atau untuk  menyampaikan.

Entah untuk bercerita atau untuk mendengarkan.
Entah untuk sesaat atau untuk selamanya.

Entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya untuk sekadarnya. Semua tidak akan ada yang sia-sia, kerana Allah yang mempertemukan.

Hidup kita saling mengisi.
Jadi jika ada perbedaan, itu adalah hal yang sangat biasa.

Tidak perlu diperbesar dan jangan jadikan ia puncak perpecahan sehingga memutuskan tali silaturrahim yang sudah terjalin.

Kita bukan insan terbaik dalam segala sudut
Namun antara kita saling melengkapi hidup setiap sudut

Mungkin kehadiran kita adalah jawapan atas doa doa saudara kita, sebagaimana mereka pun adalah jawapan atas doa-doa kita.

Jika sudah menjadi takdir Allah, meski dengan jarak beribu-ribu kilometer jauhnya, kita tetap akan dipertemukan, dalam satu ikatan "Ukhuwah" .

Semoga ukhwah ini semakin kuat & mantap seiring dengan doa-doa kita bersama.

Semoga hati kita tak pernah rapuh
Selalu dikuatkan dan selalu sabar

Terimakasih kerana sudi menyambung kasih berlandaskan ketaatan

Semoga kelak harapku tetap bersama kalian menjadi perjalanan terindah menuju syurgaNya...

Aamiin

@quotephotovideo 😍😍😍

Sunday, April 23, 2017

MASAELAH

Jika melarikan diri adalah pilihan terbaik
Pasti akulah yang bergelar manusia terpantas di dunia

Jika menghilangkan diri adalah pilihan yang terbaik
Pasti akulah yang bergelar ahli silap mata terhebat di dunia

Jika mengelakkan diri adalah pilihan yang terbaik
Pasti akulah ahli seni mempertahankan diri tertangkas di dunia

Tetapi itu semua tidak mungkin
Kerana aku hanyalah aku
Berani berdepan dengannya adalah yang terbaik.

Zara_Andriani
23042017

Wednesday, February 1, 2017

Pelangi

Jika dikau bahagia
Aku turut merasai biasannya

Umpama pantulan pelangi
Yang terpancar di langit
Turut terpantul di wajah tasik.

Zara_Andriani 1/02/2017
Tasik Darulaman

Tuesday, January 17, 2017

Matahari

Aku belajar daripada Matahari.
Walau terlindung di sebalik awan,
tetap memancarkan cahayanya menembusi.

Begitu juga kita manusia.
Biar datang pelbagai dugaan dan cabaran,
tetaplah menebarkan kebaikan setiap masa.

~Zara_Andriani 17012017

Friday, January 13, 2017

Sumpah

Ini sumpahan saya ke atas awak.
Setiap kali hujan turun membasahi bumi,
awak akan rindukan saya.
Setiap kali angin menghembus mengenai tubuh awak,
awak akan segera teringatkan saya.
Setiap kali awak mendongak ke langit,
melihat awan putih di langit biru,
awak tetap akan teringatkan saya.
Zara_Andriani 13 Januari 2017
#HujanAnginDanAwan