Monday, November 17, 2014

Bahagian 1

Saya tak kisah dengan status, yang penting peribadi orang tu- Zara

Bunyi ‘tut’ isyarat dari Samsung Galaxy Note  Zara  menandakan ada mesej baru dari aplikasi sosial Meow mengejutkannya dari keasyikan dia menekuni kerja-kerja pejabatnya. Cepat-cepat dicapainya untuk melihat siapa pula yang menghantar mesej kepadanya.
Sejak dia mula menyertai rangkaian sosial Meow ini, banyak pula permintaan untuk menjadi rakannya. Dia jadi teruja. Tetapi biasanya tiada yang serasi untuk menjadi kawan berbualnya. Paling lama pun dia dapat bertahan selama seminggu sahaja.
‘MuhamadDani’?  Dia melihat id lelaki yang menghantar mesej perkenalan padanya.
‘Orang baru ni,’ desis hati kecil Zara.
Dia membuat kesimpulan berdasarkan jumlah favorite dan juga setelah meneliti profil Meow  lelaki tersebut.

MuhamadDani: Assalamualaikum. J
MuhamadDani: Alien mencari cinta?
MuhamadDani: Dah jumpa ke cinta yang dicari?
MuhamadDani: Boleh kenal-kenal tak ni?

Setelah berpuas hati meneliti profil dan gambar profil lelaki tersebut barulah Zara membalas chat yang masuk.

MekJa: Waalaikummussalam
MekJa: Hehe..ya alien mencari cinta. J
MekJa: Boleh saja kalau nak berkenalan. JJ
MekJa: Intro please.
MuhamadDani: Muhamad Dani, asal Penang, umur 35. Awak?
MekJa: Oooo..saya  Zara, asal Kedah, umur 32, SNA.
MuhamadDani:SNA? Apa tu?
MekJa: Single and Available. J
MuhamadDani:Oh ya ka. Ingatkan dah kahwin. J
MekJa: Unfortunately, belum. L. Kalau dah nikah, baik saya meow-meow dengan suami saya. Hehe.
MekJa: Awak pulak? Married?
MuhamadDani: Saya, pernah nikah dan sekarang bujang kembali. J
MekJa: Oooo..duda ek? Cerai hidup atau cerai mati?
MekJa: Ada anak?
MekJa: Hehe..sorry banyak tanya.
MuhamadDani: Tak apa. Cerai hidup, awak.
MuhamadDani: Anak ada seorang. Tapi tinggal dengan mama dia. J
MekJa: Ooooo
MuhamadDani: Awak tak kisah ke nak kawan dengan duda ni?
MekJa: Saya tak kisah sangat. Pada saya peribadi orang tu yang penting bukannya status.

‘Sejak bila kau tak kisah Mek Ja oooiii,’ detik hati kecil Zara. Dia pun tidak tahu macam mana dia boleh mengeluarkan kenyataan semacam itu. Ya, mungkin selama ni dia tidak kisah sebenarnya. Agaknya setelah umur memasuki 30an, rupa dan status bukan lagi kriteria utama untuk berkawan. Apa yang dipentingkannya adalah keserasian dan juga kemampuan berbicara topik yang pelbagai.
‘Ala, nak kenal-kenal saja pun. Bukannya nak buat suami,’ bisik Zara lagi. Sambil mengemas-ngemas dokumen-dokumen dan begnya untuk menamatkan rutin kerjanya pada hari ini.

MuhamadDani: Ok. Terima kasih.
MekJa: It’s ok. Saya dah nak balik kerja.
MekJa: Nanti senang-senang kita berbual lagi.

MuhamadDani: Ok, nanti malam kita sambung ya.

No comments:

Post a Comment